Wednesday, 12 November 2014

Memilih haiwan peliharaan

Hai, apa khabar semuanya?
Ape? Tidak sihat?? Hermm... Kenapa boleh jadi begitu. Takpelah nak buat cmne kan, dah nasib. Terlebih dahulu az ucapkan tahniah pada yang masih dalam keadaan sihat, moga dikekalkan kesihatan kita itu.

Harini az ingin berkongsi pengalaman serta pengetahuan serba sedikit dalam memilih haiwan peliharaan ye. Sebelum itu tips ini berdasarkan pendapat az sahaja ye. Beberapa perkara perlu kita titikberatkan sebelum memilih haiwan-haiwan ini. Hal ini kerana memilih haiwan peliharaan yang salah boleh menyebabkan impak yang negatif samaada tuan atau haiwan ataupun kedua-duanya sekali (ceh da macam akta kanun keseksaan la  pulak, hihi).



Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan adalah, JENIS HAIWAN.
Kenapa ye perlu kita mengetahui haiwan ni? Haa, pernah x dgar pepatah "tak kenal maka tak cinta". Maka kenali lah dahulu haiwan yang biasanya dipelihara,ok. Perlu kite ketahui ye bagi yang beragama islam mcam az ni, anjing adalah diharamkan sama sekali melainkan ia dipelihara utk menjaga harta benda kita. So, bg yang non muslim boleh la.



Ke-2
Setelah mengenalpasti haiwan yang hendak dipelihara, lakukan KAJI SELIDIK secara ringkas mengenai tabiat, pemakanan serta penyakit yg biasa dihidapi oleh haiwan tersebut. Cara nya mudah saja, pergi tanya en google, haha. Tips ini adalah wajib dilakukan kerana apabila kita tidak bersedia, haiwan itu mungkin menderita sepanjang berada di bwah jagaan kite. Seterusnya membawa kepada kematian, huhu. Katakan tidak pada kezaliman ye.



Ke-3
Sbnarnya az keliru ini tips yang keberapa, takpe az terangkan la jgak. Pastikan juga ye kita tidak mempunyai ALAHAN terhadap haiwan yg bkal dipelihara. Untuk tips yang ini juga perlu diambil kira jika kita tinggal dgn keluarga mahupun kawan-kawan ye. Kenapa az cakap begitu, ini kerana kite x hidup bersendirian ye. Apabila ada antara mereka yg mempunyai alahan pada haiwan yg bakal dipelihara oleh kite, itu akan mendatangkan ketidakselesaan pada mereka. (Perkara ni pernah berlaku pada kawan az, kesian die). Makanya dengan itu, bertanya lah dahulu sekiranya mereka mengalami alahan tersebut. Kang tetibe mak atau kawan kite gatal-gatal, dah kne let go hewan tu. Rugi kan..



Ke-4
Sekiranya anda memilih untuk memelihara haiwan ekzotik atau lain dari kebiasaan. Pastikan haiwan itu SAH utk dipelihara,(sah disini bermaksud haiwan tersebut telah diberi kelulusan utk dipelihara oleh pihak yang berkuasa)  ini kerana memelihara haiwan yang diancam kepupusan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sekiranya anda membeli haiwan yg ber pedegree seperti arnab pastikan penjual tidak memalsukan butiran tersebut. Untuk tips ini az masih belum mengalami nya. So mana yang ter kurang tu harap dimaafkan lah ye.




Baiklah sekian dulu dari az. Tips diatas merupakan pandangan dari az ye, kalau ada yang lebih baik. Rjin2 la berkongsi dgn az ye. Babai.

Monday, 10 November 2014

Assalamualaikum, hah xjawab salam dosa tau..hehe..

Ini first time az tulis blog, so kalo mana yg terkurang tu minta maaf la ye.
Harini az nak citer pasal peliharaan az memerangkap hobi time kesunyian lah kn.

Dah takmo citer pepanjang uolls, tgok je la ape yang az bela dirumah...

1. Kura-kura



Kura -kura ni az beli kat giant nilai, mase tu geram je tgok dorg ni main2 dlam akuarium, gigihkan juga beli walaupun duit dalam poket tak berapa nak ada, hehe..


2. Ikan pelaga


Hah yang ikan pelaga ni pulak adik bongsu az la yang membawa pengaruh, hesh... Alih2 az plak yg kne jaga kn, disebabkn beliau bizi sgt ngn hobi nya yang membuang masa tu..


Ok yang ke 3 memerangkap yang terakhir sekali lah kan.

Hedgehog @ landak mini


Landak mini ni plak kawan rapat az la yang beria-ia nak bela, katanya die jatuh hati kat menatang ni bile die nmpak emma maembong pegang. Hah jgn slah tafsir pulak, jatuh hati kt hedgehog ye bukan emma maembong. Emma tu zizan razak yang punya haha. Then az temankan die beli nate ni, mmg la tersangat cute. Mase tu terdetik hati ni nk membela juga. Memandangkan kat area az ni ssah nk jumpe haiwan ekzotik ni, belilah sepasang. Kate orang, kalo beli seekot je nt die bosan pulak n cepat mati..


Oklah, sekian dulu dari az. Hope uolls dapat memberi panduan atau tips utk az jage mereka, babai..