Ape? Tidak sihat?? Hermm... Kenapa boleh jadi begitu. Takpelah nak buat cmne kan, dah nasib. Terlebih dahulu az ucapkan tahniah pada yang masih dalam keadaan sihat, moga dikekalkan kesihatan kita itu.
Harini az ingin berkongsi pengalaman serta pengetahuan serba sedikit dalam memilih haiwan peliharaan ye. Sebelum itu tips ini berdasarkan pendapat az sahaja ye. Beberapa perkara perlu kita titikberatkan sebelum memilih haiwan-haiwan ini. Hal ini kerana memilih haiwan peliharaan yang salah boleh menyebabkan impak yang negatif samaada tuan atau haiwan ataupun kedua-duanya sekali (ceh da macam akta kanun keseksaan la pulak, hihi).
Perkara pertama yang perlu kita pertimbangkan adalah, JENIS HAIWAN.
Kenapa ye perlu kita mengetahui haiwan ni? Haa, pernah x dgar pepatah "tak kenal maka tak cinta". Maka kenali lah dahulu haiwan yang biasanya dipelihara,ok. Perlu kite ketahui ye bagi yang beragama islam mcam az ni, anjing adalah diharamkan sama sekali melainkan ia dipelihara utk menjaga harta benda kita. So, bg yang non muslim boleh la.
Ke-2
Setelah mengenalpasti haiwan yang hendak dipelihara, lakukan KAJI SELIDIK secara ringkas mengenai tabiat, pemakanan serta penyakit yg biasa dihidapi oleh haiwan tersebut. Cara nya mudah saja, pergi tanya en google, haha. Tips ini adalah wajib dilakukan kerana apabila kita tidak bersedia, haiwan itu mungkin menderita sepanjang berada di bwah jagaan kite. Seterusnya membawa kepada kematian, huhu. Katakan tidak pada kezaliman ye.
Ke-3
Sbnarnya az keliru ini tips yang keberapa, takpe az terangkan la jgak. Pastikan juga ye kita tidak mempunyai ALAHAN terhadap haiwan yg bkal dipelihara. Untuk tips yang ini juga perlu diambil kira jika kita tinggal dgn keluarga mahupun kawan-kawan ye. Kenapa az cakap begitu, ini kerana kite x hidup bersendirian ye. Apabila ada antara mereka yg mempunyai alahan pada haiwan yg bakal dipelihara oleh kite, itu akan mendatangkan ketidakselesaan pada mereka. (Perkara ni pernah berlaku pada kawan az, kesian die). Makanya dengan itu, bertanya lah dahulu sekiranya mereka mengalami alahan tersebut. Kang tetibe mak atau kawan kite gatal-gatal, dah kne let go hewan tu. Rugi kan..
Ke-4
Sekiranya anda memilih untuk memelihara haiwan ekzotik atau lain dari kebiasaan. Pastikan haiwan itu SAH utk dipelihara,(sah disini bermaksud haiwan tersebut telah diberi kelulusan utk dipelihara oleh pihak yang berkuasa) ini kerana memelihara haiwan yang diancam kepupusan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sekiranya anda membeli haiwan yg ber pedegree seperti arnab pastikan penjual tidak memalsukan butiran tersebut. Untuk tips ini az masih belum mengalami nya. So mana yang ter kurang tu harap dimaafkan lah ye.
Baiklah sekian dulu dari az. Tips diatas merupakan pandangan dari az ye, kalau ada yang lebih baik. Rjin2 la berkongsi dgn az ye. Babai.
No comments:
Post a Comment